Cita-Cita Menjelang Umur 40 Tahun

Uncategorized

Umur aku tahun ni dah pun 39 tahun and to be honest takde benda pun yang aku boleh banggakan sangat. So aku letaklah target dekat diri sendiri yang aku rasa boleh capai sebab target nak kaya tu macam sampai mati pun tak boleh gayanya. Haha. Bukan nak bangga dengan orang pun. Aku buat untuk diri sendiri je. Peduli lah orang lain.

Cita-cita yang aku target ni memang aku rasa realisticlah sebab kena usaha bersungguh je dan harapkan bantuan orang lain sana sini.

Yang pertama, aku nak siapkan project eLearning System aku. Dah pun berjaya siapkan dan aku dapat experience full cycle dan sekarang aku nampak trend orang dan behaviour jugak kut dalam nak belajar. Baru first day Live tu aku dah nampak tu. Pasal system tu takde apa sangatlah bila dah siap ni, sebab aku tau apa to expect. Alhamdulillah. Full cycle tadi aku jaga project system, aku biat contents dan aku buat assessments jugak. Kalau nak hire eLearning Manager aku lah yang paling sesuai di Malaysia ni. Belajar dari bawah start 9 tahun dulu. Experience dalam education and banking industry. Hihi.

Kedua aku nak dapatkan Master sebelum birthday aku yang ke 40. InsyaAllah dalam bulan December ni habis. Yang bestnya aku boleh relatekan kerja aku dengan course aku. Memang Allah dah plankan untuk aku. Plug and play je, itu pasal aku boleh score. InsyaAllah kalau takde aral boleh capai.

Yang ketiga, aku nak kuruskan badan. Ha ini masalah sikit sebab aku suka makan. Dan dah seminggu dah ni aku tak bersenam. Tapi takpe, ada 5 bulan lagi. InsyaAllah.

Kalau dah tercapai ketiga-tiga ni aku maybe ada target lain, tapi as for now aku habiskan yang ni dulu lah. Doakan aku berjaya dan sihat untuk capai semua itu.

Kesalahan Terbesar

Uncategorized

Kadang-kadang kita (read: aku) ada rasa menyampah nak kerja atas beberapa alasan yang dibuat-buat tapi dalam tak sedar hasil kerja itulah yang boleh buat aku bayar financing macam-macam, bagi anak-anak makan dan boleh berbelanja itu ini.

Baru-baru ini aku dapat bonus, imagine dalam crisis covid ni company bagi bonus dan untuk manusia yang monthly income tak seberapa, duit bonus banyak membantu. Aku dapat cat rumah, ganti TV yang dah setahun rosak dan boleh masuk sikit dalam saving. Masa tu aku sedar dalam tak suka beberapa perkara pasal kerja, kerja itulah yang membantu aku untuk kehidupan yang lebih baik.

Dengan itu aku bersyukur.

To Say I’m Disappointed Is An Understatement

Uncategorized

Aku dilahirkan dengan sifat bersungguh-sungguh bila buat something and aku akan pastikan benda yang aku buat tu jadi. The journey biasanya tak pernahnya indah. Memang macam pundek. Tapi sifat aku, aku akan jadikan benda tu menarik dan happy dengan manusia dan benda yang aku deal with.

Aku ada satu project, dan aku bersungguh walaupun struggle. Dan sebab kebersungguhan aku ni, sampai ada orang buat-buat lawak yang aku ambik rasuah dari vendor. Aku tunggu jugak SPRM panggil aku suruh diaorang tengok bank akaun dan hutang aku supaya diaorang boleh menangis bersama-sama aku. Itu baru satu challenge di antara banyak challenges yang aku kena hadap.

Orang-orang yang patut in charge dan join buat tak kenal dengan aku pun ada. Tapi in the end aku dapat jugaklah bantuan dari manusia-manusia yang baik hati walaupun diaorang takde dari awal sampai projek aku jadi.

Orang-orang yang ignore aku, email tak berjawab, call tak berangkat dan meeting tak datang aku dah tak peduli dah lah sebab habiskan energy aku je. Ada jugak email reply lepas 3 minggu. Belum cakap pasal mental lagi. Baik aku bersuka ria dengan orang yang best-best ni.

Dalam aku happy-happy and nak improve projek aku to another level, orang-orang yang ignore aku tu tadi tetiba datang dan cakap apa aku buat salah. Projek aku kena stop dan in a way macam cakap Pizli pergi mamposlah apa yang kau dah buat sekarang kau kena dengar cakap aku walaupun selama ni aku buat tak tau.

Kau rasa apa perasaan aku?

Aku rasa sakit hati aku sekarang ni lagi sakit compare to kalau aku hiris tangan aku dengan pisau. Yang lagi sakit beberapa kali head hunter approach aku, aku cakap taknak sebab aku happy nak menjayakan project aku. Ye lah jenis bersungguh-sungguhkan?

Takpe, aku ikut je. Bila semua ni settle, projek aku tu akan jadi paling hebat di dunia. Aku pun akan jadi orang yang hebat. InsyaAllah.

Cuma dua tiga hari ni aku memang nak bergaduh je lah dengan orang. Hahahaha.

The Rushed Initiatives – Pembelajaran Atas Talian

Uncategorized

The most common mistake yang aku nampak pasal pembelajaran atas talian yang sekolah bagi ni ialah banyak sangat latihan dan tiada pembelajaran. Buku teks tak cukup nak refer.

Kena cari cara lah kut untuk mengajar dan bukan bagi latihan semata-mata lepas tu expect budak-budak belajar sendiri. Especially yang sekolah rendah. Sekolah menengah boleh bagi pengecualian sedikit. Latihan patut datang bersama dengan bahan pembelajaran yang mencukupi. Macam aku pernah tulis sebelum ni, maybe kena ada platform untuk orang download standardized learning contents. Untuk darjah satu sampai tingkatan lima. Bukan harapkan cikgu prepare sendiri. Cikgu boleh guide based on the bahan pembelajaran yang disediakan.

Aku bukan complaint, cuma ada benda nak kena tweak sikit lah. Lagi-lagi time desperate macam ni. Tapi nak guna teknologi banyak sangat pun bukan semuanya ada, laptop dekat rumah aku sendiri pun tak cukup. Yang dekat pendalaman internet pun takde. Gap dari segi teknologi masih jauh, belum cakap pasal gap yang lain-lain.

Terima Kasih Cikgu-Cikgu semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan hidup kita kembali normal dengan secepat mungkin. Amin.

Habis tu mak bapak kat rumah tu tak boleh nak ajar anak-anak sendiri ke? Well, mak bapak kerja 9 to 5 dan kadang-kadang update FB status in between.

Bila Tauhu Bergedil Itu Sudah Tidak Lagi Special

Uncategorized

Aku ingat first time aku makan Miang Kham. Aku rasa Ya Allah sedapnya dan bila aku nak makan lagi aku kena pergi satu kedai ni je untuk enjoy makan. Tapi lepas tu dah ramai orang jual dan aku hanya tempah guna Whatsapp untuk makan selalu dan bila dah selalu dia dah jadi tak special and dah jadi tak berapa sedaplah.

Sama macam tauhu bergedil atau Wong Solo yang dulu aku kena drive 30KM untuk makan tapi sekarang dah jadi 3KM sebab bukak dekat area rumah. Dah tak jadi special.

Aku harap Nasi Kandar Kudu dan Yaseem tak bukak cawangan dekat mana-mana so that diaorang masih lagi special di hati aku.

Benda Yang Aku Belajar Minggu Ini

Uncategorized

1) One off project lagi best dari project yang panjang. In term of kepuasan dan level of stress yang nak kena hadap.
2) Boleh buat kerja sorang, tapi at the end of the day kau masih perlukan orang.
3) Treat orang baik-baik dan InsyaAllah orang-orang baik akan datang pada kau, eventually.
4) Kau masih akan ada salah silap, ada hiccups sana sini walaupun kau rasa kau dah over prepared.
5) Cakap pasal silap, kau boleh buat 99 benda betul dan 1 benda silap, tapi 1 benda silap tu yang orang akan cakap. Fuck it je lah, mana ada orang perfect, lebih-lebih lagi bila kau juggle banyak benda at one time.
6) Kau kena relax sikit, benda nak jadi akan jadi dan benda tak jadi akan tak jadi, tidur je lah dengan lena.
7) Team yang bagus adalah penting. Once dah jumpa team yang bagus kau jaga elok-elok.
8) In an ideal world kau patut focus satu benda je supaya tak caca merba, tapi in reality susah kut nak dapat macam tu, aku masih mencari.

Sekian.

Confession of a Chronic Overthinker

Uncategorized

Overthinking ni menyakitkan, dia macam destruct hidup kau sebab benda yang kau overthinking tak pernahnya positive. Aku dalam journey untuk menyelesaikan masalah ni. Satu masalah yang buat aku tak boleh nak hidup dengan tenang.

Katakan aku dapat call masa aku bawak motor dan aku tak boleh angkat sebab dekat highway. Aku akan imagine sepanjang perjalanan aku tu yang Boss aku call dan dia nak cakap aku ada buat salah dan semua orang tengah mengamuk marah dan esoknya aku akan dapat surat buang buang kerja. Orang maybe ketawa dengar ni tapi tidak, ini contoh yang jadi pada aku, memang aku akan fikir benda buruk je dan ketakutan sepanjang perjalanan tapi end up sebenarnya wife aku yang call suruh beli roti.

Untuk buang masalah ni aku kena busykan diri dan buat macam-macam benda untuk bagi minda aku tak free tapi sebenarnya problem tu tak solved completely pun. Tapi aku try hard jugaklah. The best solution maybe aku perlu overthinking benda jadi positive dan bukan ke arah negatif. Atau aku perlu jumpa psychiatrist atau maybe aku perlu banyakkan baca AlQuran.

Aku dan Motor

Uncategorized

Dah masuk 2019 ni aku dah sedar aku kena berjimat, barang dah semakin mahal, anak-anak dah makin membesar dan macam-macam lagilah reason nak mula berjimat. Pada masa yang sama aku juga ada masalah yang aku memang tak boleh nak melayan traffic jam. Dari rumah ke office pun urat tengkuk aku boleh naik, ini kan pulak kalau aku nak ke KL ke apa.

Bagi menyelesaikan dua masalah tu aku repair motor aku dan start bawak motor semula. Dari segi minyak pergi balik kerja aku dapat jimat dalam RM220 sebulan. Untuk tol aku dapat dapat jimat RM80. Kalau aku pergi KL parking biasanya RM8, dan parking motor aku perlu bayar RM2. So save lagi lah dekat situ. Tapi takdelah aku menyimpan pun duit lebih ni, ini lebih kepada nak beli air milo kotak kat anak aku ke macam tu.

Dari segi traffic jam, dengan motor, aku dapat jimat masa dan yang penting aku punya stress duduk dalam kenderaan yang tak bergerak dapat dielimatekan altogether. Laju je aku nak ke mana-mana. Aku siap boleh singgah breakfast dan makan dengan tenang dan aku ada banyak pilihan untuk breakfast. Kalau aku kena pergi kerja KL aku tak perlu lagi bertolak lepas Subuh untuk sampai ke KL sebelum pukul 8.30. Aku boleh bertolak pukul 7.30 and sampai dalam 8.20 macam tu. Dan untuk menghiburkan hati perjalanan jauh ni aku tapau lah nasi kandar sedap-sedap dekat KL tu untuk dinner.

Masalah naik motor ni as expected lah, bahaya, penat, bau busuk dan kau banyak solo lah aktiviti kau which aku takdelah kisah sangat. Kalau hujan kena lah pakai rain coat, bila sampai office kenalah sikat rambut semua tu. Takpe, yang penting urat tengkuk aku tak naik. Hehe.