Kau Tak Boleh Buat Semua

Blog Harian

Aku suka kerja dekat tempat kerja aku sekarang sebab masing-masing ada strength sendiri dan bila diperlukan, masing-masing akan salurkan dengan penuh. Sebenarnya the idea is nak semua orang ada pengetahuan yang banyak dan itu memang berlaku tapi kadang-kadang bila nak cepat dan dalam keadaan terdesak kau perlukan the “strongest” person dalam sesuatu subject. Katakan nak bantuan pasal tulis paper, ada A dan L nak ditanya. Nak tolong check benda secara teliti ada S dan J. Nak tau pasal procurement boleh tanya H. Nak tanya pasal training boleh tanya J yang lagi satu. Nak coordinate benda tanya T dan F. Nak tanya pasal bahasa boleh tanya A. Dan last sekali bila nak tau pasal teknologi tanya aku. Dan aku akan bagi segala benda yang aku tau untuk assist bila diperlukan, semua orang lain pun macam tu. Cuma dalam keadaan sekarang expertise aku ni diperlukan sedikitlah. Dan sebab keadaan, orang lain tak boleh bagi expertise diaorang, walaupun aku pasti kalau diperlukan diaorang akan bagi.

Ok sudah mukadimah.

Dalam hidup ni kita perlukan kerjasama dari semua orang sebab kau takkan boleh buat sorang. Aku ada satu masalah yang aku perlukan kerjasama, tapi orang tak layan dan buat aku terbiar. Luckily benda tu tak terjadi dekat division yang aku bekerjalah. Aku cerita pasal di environment yang lain. Benda yang aku terbiar tu kalau aku reti buat, aku akan buat sendiri. Masalahnya benda tu bukan bidang dan kepakaran aku.

Dan sekarang aku selalu cakap kenapalah orang yang pakar tu tak macam manusia-manusia yang ada dekat office aku. Kenapalah aku diuji sebegini? Kenapalah semua benda aku buat fail? Kenapalah aku sentiasa miserable? Kenapalah saat yang aku jadi paling hebat di dunia dan berjaya semua benda terhenti setakat darjah 6? Kenapa????????

The Rushed Initiatives – Pembelajaran Atas Talian

Uncategorized

The most common mistake yang aku nampak pasal pembelajaran atas talian yang sekolah bagi ni ialah banyak sangat latihan dan tiada pembelajaran. Buku teks tak cukup nak refer.

Kena cari cara lah kut untuk mengajar dan bukan bagi latihan semata-mata lepas tu expect budak-budak belajar sendiri. Especially yang sekolah rendah. Sekolah menengah boleh bagi pengecualian sedikit. Latihan patut datang bersama dengan bahan pembelajaran yang mencukupi. Macam aku pernah tulis sebelum ni, maybe kena ada platform untuk orang download standardized learning contents. Untuk darjah satu sampai tingkatan lima. Bukan harapkan cikgu prepare sendiri. Cikgu boleh guide based on the bahan pembelajaran yang disediakan.

Aku bukan complaint, cuma ada benda nak kena tweak sikit lah. Lagi-lagi time desperate macam ni. Tapi nak guna teknologi banyak sangat pun bukan semuanya ada, laptop dekat rumah aku sendiri pun tak cukup. Yang dekat pendalaman internet pun takde. Gap dari segi teknologi masih jauh, belum cakap pasal gap yang lain-lain.

Terima Kasih Cikgu-Cikgu semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan hidup kita kembali normal dengan secepat mungkin. Amin.

Habis tu mak bapak kat rumah tu tak boleh nak ajar anak-anak sendiri ke? Well, mak bapak kerja 9 to 5 dan kadang-kadang update FB status in between.

Dulu Ayah Kita Jalan Kaki 30 Minit Untuk Save 10 Ringgit, Sekarang Kita Bayar 10 Ringgit Untuk Save 30 Minit

Blog Harian

Aku baru baca pasal Datin bayar RM4.10 pada runner cum personal shopper yang belikan barang untuk dia. Kadang-kadang aku tak boleh hadam yang manusia macam ni wujud dekat muka bumi ni. Entahlah. By the way, aku adalah seorang pemalas dan selalu guna service runner. Orang akan cakap membazir je kau bayar runner padahal kau boleh save duit tu kalau pergi sendiri. Sekarang aku nak cerita kenapa guna delivery service is not bad after all or in the case takdelah membazir sangat. Ini delivery macam groceries atau makanan yang dah masaklah. Kalau Grab Food and Food Panda pada aku rugi sebab dia mark up harga, unless dia jual harga sama macam dekat kedai.

  • By logic, kalau kau keluar pergi beli barang, kau akan habiskan masa, duit minyak, duit tol, tenaga, mileage kereta and so on. Benda ni tak jelas sangat. Tapi macam masa dan tenaga tu kau boleh salurkan ke mencuci kipas di rumah. At the same time, mileage kereta tak bergerak.
  • Personal Shopper atau groceries company yang hire external runner akan pilih groceries yang berkualiti. Semua tip-top, especially yang online ni sebab nak good review and marketing word of mouth dari customer. Ada effort yang tinggi dekat situ.
  • Kau ada access ke makanan-makanan yang kau teringin selama ini tapi kau rasa jauh nak pergi dan tak tau nak pergi macamana atau area tu susah nak access. Katakan aku nak makan Nasi Kandar Kudu, jauh, parking susah, jalan sesak. Runner senyum je hantar rumah kau. Again, Kudu beratur panjang. Haha.
  • Kau mewujudkan peluang pekerjaan especially time macam ni. Imagine pengusaha tadika takde income dan dia jadi runner dan tak harap bantuan. Sama jugak taxi driver yang hantar groceries aku. Diaorang ada effort nak bekerja dan kau bagi dia peluang bekerja. Semua orang happy. Win win situation.
  • Kau hanya beli yang sepatutnya, kau order from website and itu je yang akan sampai. Kalau aku pergi AEON sendiri, dalam list ada 10 tapi masa balik aku bawak dalam 25 barang. Adalah sikit penjimatan di situ.

Ok itu je lah kut for now, pada aku groceries shopping tu macam therapy lah dan aku sangat suka buat, cuma time sekarang ni susah dan menggunakan runner adalah benda yang tepat untuk aku. Nak pergi petang, lauk dah tak fresh, nak pergi pagi tak sempat sebab kerja start 8.30 pagi. Setengah jam tak cukup, macam kawan aku sampai ambik cuti half day. Ye, walaupun orang tak nampak tapi kena beretika ye bab work from home ni. Itu another topic for another day lah kut.

Nasihat aku, kita duduk rumah time PKP ni sebab nak jauhkan dari penyakit, tapi jangan sebab ada banyak delivery service, sampai ice cream pun orang boleh hantar ke rumah, kau dapat penyakit lain pulak nanti. Macam aku lately banyak minum kopi (buatlah, bukan orang deliver) sekarang badan aku macam kena caffein jittery. Macam aku cakap tadilah, nak selamat dari COVID dah dapat masalah lain pulak.

Ingat tu ye?

Tips Makan Semasa PKP and Yes, Abang Piz Can Cook

Blog Harian, Makan

Masa MCO/PKP ni kita kena berjimat dan nak cukup makan at the same time. What if aku cakap kita boleh dapat semua tu dan tambah lagi satu iaitu kita enjoy masa makan tu. Bab berjimat tadi termasuk groceries, beras, gas, elektrik semua ye, termasuk jimat masa sekali. 

First of all, sekali lagi aku bersyukur company aku menjaga kakitangan dengan baik dan masih membayar gaji penuh dalam keadaan sekarang. Alhamdulillah, tapi cost di rumah akan meningkat ye sebab semua orang ada di rumah dan elektrik, air semua banyak digunakan. So kena lah berjimat cermat.

Tips aku, untuk breakfast kau makan light, roti dua keping dan kopi bancuh sendiri, bukan beli Farm Fresh or kopi 3-in-1. Anak biar bangun lambat sikit, kira pejam mata je lah lepas Subuh tu diaorang tidur balik. Kita pun pernah muda kan? By the time diaorang bangun kau prepare brunch. Dekat sini kau masak macam mee goreng ke, roti canai ke, bihun ke. You get the point. Masak memasak sekejap dan bahan tak banyak. Dalam pukul 4 kau keluarkan lauk dari peti ais dan habis kerja pukul 5.30 kau start masak nasi dan lauk pauk secara bersungguh. Nak masak rendang ayam kampung ke sukahati sebab please keep in mind kau makan nasi berlauk ni sekali je dan by the time semua orang dah lapar. Sebab lapar, makanan tu akan jadi nikmat ya amat. Trust me! In between semua tu dan kalau lapar lagi waktu malam ke apa sediakan biskut dan roti. Itu sebab roti tu sangat penting ye.

In case tak suka cara ni kau buat selang sehari pun ok. Ini cadangan sahaja sebab kadang-kadang aku pun order FoodPanda sebab wife aku nak masak time lunch tu mana sempat, rehatnya sejam je.  Kalau macam mee goreng tu boleh lah lari sekejap-sekejap.

Aku tak boleh beli groceries masa weekdays sebab bekerja di rumah. Kalau nak pergi on weekends aku tak larat nak beratur. So aku order online, korang pun boleh cari personal shopper dekat area rumah tu. Ok je pada aku sebab kita save masa dan dia dapat income. Win win situation. Untuk website pulak, aku suggest boleh beli dekat https://pasar.direct/ atau https://www.ayamkitafresh.com/. Untuk biskut semua tu boleh lah order dari Lazada atau Shopee. Tips dia di sini beli awal dari tarikh yang kau jangka groceries dan segala benda tu dah nak habis. Sebab dia ambik masa nak deliver masa MCO ni. Pasar Direct dia boleh hantar the next day, so macam itu takpe. Lazada and Shopee maybe up to seminggu. Kalau masa mengizinkan, pergi je lah Kedai Acheh atau Speedmart 99 atau 7 Eleven.

Aku dah quite free sekarang sebab semester dah habis, so aku ada masa nak join aktiviti memasak. Untuk membantu hal di rumah ni, sidai kain, basuh pinggan dan memasak aku takde hal. Yang ada masalah bab nak lipat kain. Haha. Untuk recipe yang best-best nak memasak, selain kau boleh call mak kau atau tanya je wife kau kat tepi kau boleh pergi sini: https://www.aziekitchen.com/ sebab confirm jadi dan sedap.

Ok itu je lah, semoga semuanya baik-baik sahaja untuk semua. Ye, gambar atas tu semua aku buat dan aku sangat gembira hari ni dapat petai. Hehe. Kalau setakat Maggi tu resipi sendiri je lah. Tak perlu nak cari dekat website. 😁

Harumanis Yang Tiada Beza

Blog Harian

Kalau durian ada Musang King, mangga ada Harumanis. Pada aku bila makan Musang King (setahun sekali) aku memang rasa beza dia dengan katakan durian kampung. Durian kampung sedap, tapi, kau memang rasa Musang King tu sedap dengan beberapa kelebihan lain compare to durian kampung yang Mak aku tanam contohnya. So ok lah nak belanja beli.

Tapi Harumanis aku tak boleh differentiate sangat. Aku rasa dia lebih kurang je dengan mangga-mangga yang wujud di muka bumi ini dan senang nak beli dekat Pasaraya CS pada bila-bila masa. Harga dia melampau mahal sampai RM100++ untuk beberapa biji.

Mungkin aku sorang je kut rasa macam tu or maybe masa aku beli dulu aku sebenarnya kena tipu, kotak je Harummanis tapi dia jual mangga belakang rumah mak dia agaknya.

Harap orang Perlis jangan marah ye. Kalau half price maybe aku boleh order, as for now mangga Pasaraya CS sedap enough for aku.

Bila Benda Jadi Keperluan

Blog Harian

Masa sekarang ni aku nampak bila orang perlukan something orang akan cuba dapatkan. Macam mula buat benda cara baru dan sebab keperluan, dalam masa sekejap je dah mahir. Macam penggunaan Zoom and Teams contohnya.

Katakan kalau duit bantuan ada option dimasukkan ke dalam ewallet secara direct dan terus boleh guna untuk beli barang, atau ewallet ada features nak transfer ke akaun bank. (untuk bayar sewa rumah contohnya), aku rasa ramai orang akan start guna ewallet dan tak payah beratur pergi Bank. Untuk orang yang betul takde je pergi, yang takde smartphone and internet contohnya, yang aku rasa pada zaman sekarang golongan ni dah makin kurang. Or bila dah jadi keperluan orang akan dapatkan jugak yang paling basic.

Tapi Piz, bukan semua kedai guna ewallet kan? Kalau diaorang nampak semua orang pergi shopping dekat kedai yang ada, for sure diaorang pun akan adakan ewallet dekat kedai diaorang. Sebab dah jadi keperluan.

Belajar Dari Rumah?

Blog Harian

Banyak WhatsApp message cakap pasal budak-budak tak payah masuk sekolah except for yang ada exam besar. Logik jugak sebab sekolah penuh manusia.

Bila fikir balik, dengan lesson plan yang sempurna, InsyaAllah anak-anak ni boleh belajar sendiri, especially darjah 4 ke atas. Cumanya, parents kena masih work from home jugaklah. Kalau parents takde, siapa pulak nak monitornya? Nak prepare makanan semua.

Lagi satu isu, macamana nak disseminate learning contents and assessment? Parents yang mampu maybe boleh guna Whatsapp, at least. Untuk engage dengan student pun boleh if it is done properly. Yang tak mampu, maybe sekolah boleh photostatkan benda semua. Kementerian pun kena sediakan platform untuk download standardized bahan pembelajarannya.

Learning outcomes dia perlu simple lah. Kalau nak kena tau bahagi, kena tahu bahagi je, tak perlu nak KBAT sangat macam kena tahu bahagi dan boleh cipta vaksin at the same time apa bagai so that bila keadaan dah kembali normal budak-budak masih boleh catch up sebab basic dah mahir.

Masa macam ni lah boleh simplify learning dengan bagi content dalam bentuk infographics ke, 1 minute video ke.

Complicatednyalah keadaan sekarang. Semoga semuanya dipermudahkan.

Reviu Belajar Di OUM

Blog Harian

Dalam 6-7 tahun lepas aku tengok ramai orang study di OUM and pada masa tu aku anggap OUM ni macam University yang nak membantu orang dapat degree, Masters or Phd dengan mudah. Tapi luckily aku tak ambik masa tu sebab sebenarnya tak mudah pun, challenging jugak dan pada aku memang patutlah sebab kau nak dapat something yang betul-betul berkualiti kan? Kena lah dengan susah payah dan usaha.


Perancangan Allah tu tepat untuk kita, bila aku dah banyak experience dan dicampurkan pulak dengan kerja yang aku buat sekarang, Allah bukakkan hati aku untuk ambik Master of Instructional Design and Technology. Sebabnya, aku memang minat Learning Technology dan sekarang aku handle semua benda pasal eLearning ni di tempat kerja, dari nak procure system sampai nak renew lesen software pun aku handle. Kerja macam jaga sistem dan guna software tu untuk design elearning courses apa tah lagi, of courselah kena buat. Apa pun, timingnya kena, sebab program ni challenging jugak dan kalau knowledge aku macam 7 tahun lepas sure aku akan fail every semester sebab knowledge aku tak cukup nak relatekan experience kerja dengan apa yang aku belajar.

Anyway, program ni fully online dan kalau ada orang tanya aku nanti bolehlah aku cerita yang aku ada experience both sebagai administrator and sebagai learner dalam online learning.


Yang Positive:

  • Program yang challenging menunjukkan program yang disediakan itu bagus, kalau tak, takkanlah MQA semua bagi lepas kan?
  • Semua subject yang aku ambik relevant sangat-sangat dengan nama program tu. So memang aku boleh terus apply dalam kerja dan kena dengan industry. Education industry maksud aku dan sangat related to instructional design dan teknologi dan elearning jika kau tak bekerja dekat university or kementeriaan pendidikan. Macam kes aku more to learning and development.
  • Lecturer dari pelbagai background dan bukan Malaysian sahaja ya serta berpengalaman dan sangat bagus. Bila communicate aku rasa happy je sebab kitaorang talk the “same language” sampai aku rasa nak peluk sorang-sorang.
  • Walaupun fully online, tetap ada engagement yang banyak between lecturer and students, tapi ini tanggungjawab kau untuk participate dan participation level ada markah. Live Forum pun ada selalu. 
  • Students pun from all over the world sebab fully online.
  • Sistem yang bagus, student data punya sistem bagus, learning management system pun bagus. Termasuklah mobile apps diaorang kalau nak register subject ke apa ke.
  • Dia link dengan KWSP so tak perlu pergi KWSP untuk keluarkan duit bayar yuran (except for the first timelah). Semua online. 


Yang Negative:

Aku tak suka cara OUM market diaorang punya University. Diaorang highlightkan sangat pasal mudah kerja sambil belajar padahal diaorang boleh promote kualiti program diaorang dan jugak cara diaorang manage semua tu. Memang top notch. Impressive. 


Oklah, itu je. Aku ada lagi 2 subject dan 1 practicum, macam final project lah nak dihabiskan. Hujung tahun ni habis InsyaAllah. Doakan aku dapat Pass With Distinction dan dapat cari kerja yang pangkat tinggi sikit dan gaji tinggi jugaklah. Umur dah nak masuk 40 masih hampeh lagi ni. Pada asalnya aku sambung study just for the knowledge tapi dengan knowledge yang aku ada ni nanti haraplah bolehlah jadi golongan T20 dalam Malaysia ni. Amin.

Dan again aku percaya Allah punya perancangan, selagi ada usaha, kita akan berjaya. Amin sekali lagi.

P/S – Semester baru habis so itu aku boleh tulis panjang-panjang ni. 🙂

WhatsApp – A Blessing Or A Curse?

Blog Harian

Pada aku WhatsApp ni jadi curse bila orang expect kau boleh jawab immediately tak kira masa. Dan kita pun sendiri pressure, bila tak jawab immediately, rasa bersalah. Padahal sukahati kitalah kan? Phone kita? Waktu nak tidur malam kita. Yang lain takde hal sangat.

Tapi dalam keadaan sekarang ni dia jadi blessing lah sebab penting nak communicate. Kawan-kawan, adik beradik semua rasa sentiasa berhubunglah walaupun takde crisis macam ni.

Aku sebenarnya nak cerita pasal sekolah yang taknak buat WhatsApp group kelas sebab kononnya tak berguna lah budak-budak dah besarlah apalah. Bila jadi kes macam ni baru semua nak guna WhatsApp untuk dessiminate learning contents. Kan susah? Sekarang at least anak-anak ada benda nak buat dan bila cikgu yang bagi dia jadi lebih structured dari anak-anak ni belajar sendiri.

Cuma sedihnya tak semua mampu nak ada WhatsApp or Internet dan adda anak-anak yang takde tak tau apa cerita or worst case, dekat tempat yang infrastructure macam internet ni takde langsung.

Nampaknya banyak masalah negara ni nak kena selesaikan nanti. Free internet yang YTL bagi tu pun bukannya boleh tahan sampai mati, kena top up jugak nanti. Semoga semuanya dipermudahkan.

Teknologi Dan Kesediaan Manusia

Blog Harian

Aku pernah berada dalam situasi yang orang nak buat something yang advance tapi teknologi takde. So project fail.

Sekarang teknologi macam ada, tapi tak semua boleh afford or bila dah ada, orang yang mampu tadi taknak beli, taknak invest. Or bila benda dah invest, dah beli, tapi taknak guna pulak.

And that is how the disruption happens!

Aku nampak orang terkial-kial bila COVID-19 ni mengganggu kehidupan kerja masing-masing. Nak buat kelas online for example, tak reti padahal teknologi dah lama ada. Kelam kabut semuanya. Benda jadi tense dengan keadaan persekitaran kerja di rumah yang langsung tidak ideal. Banyak lagi lah kes yang aku nampak jadi huru hara. Work from home tak ideal, tapi untuk keselamatan dan menjimatkan duit aku akan pilih work from home jugak. Tapi apa pun teknologi banyak membantu, untuk aku at least. Alhamdulillah, aku ada laptop, software dan internet (aku invest) so aku boleh buat kerja. Dan aku sangat happy untuk membantu orang dalam keadaan crisis macam sekarang ni, sebab nak membantu duit memang tak boleh so aku rasa happy lah bila boleh bantu orang, especially bila involve technology and software. Feeling dia best. Oh, internet adalah benda yang paling penting pada aku sekarang. Aku kesian pada yang takde internet, takde laptop dan aku akan masukkan cerita itu ke dalam next paragraph.

Ini related kepada pelajar sekolah yang diberikan bahan pembelajaran dan homework dengan menggunakan teknologi. Tak semua mampu. Kesian sebab tertinggal dan tak boleh enjoy learning macam orang yang mampu. So kenalah belajar sendiri dengan apa yang ada dan bila masuk sekolah nanti tak tau apa cerita. Or ada kes macam anak-anak takde equipment nak guna sebab mak bapak kena betul-betul bekerja dan bukan work from home tapi sempat prepare 3 course meal untuk lunch. So diaorang kena belajar waktu malam bila mak bapak habis kerja dan dah tak guna komputer ke apa, baru anak boleh start. So waktu siang membazir. Dan mak bapak kena tolong waktu malam tu dan akhirnya penat setiap hari.

Oklah, nasihat aku, kalau mampu invest lah. Sebab kita tak tau apa benda akan jadi dan bila benda jadi macam sekarang ni, kita dah ready.

Pasal membantu orang tadi, ada yang nak belanja aku makanlah, mintak address nak orderkan Food Pandalah, aku cakap sekali lagi lah, Kalau Abang Piz tak ikhlas, Abang Piz tak tolong langsung. So, ucapan terima kasih is enough ye. 🙂