Apa Itu Belajar Online?

Blog Harian

Minggu ni ada beberapa orang kawan aku call, eh bukan call, diaorang WhatsApp sembang pasal perihal belajar online. Dalam keadaan sekarang ni belajar online dah jadi macam-macam cara dengan pelbagai konteks dan konsep. Aku tak pandai mana pun, banyak gila lagi aku tak tau, so kita back to basic dululah, based on experience and observation, aku nak categorized kepada beberapa kategori iaitu:

  • Self-Learning
  • Guided Self-Learning
  • Guided Learning (With Instructor)
  • Online Class (Live With Instructor)

Disclaimer: Term di atas ni bukan official term ye, ini based on experience dan pemahaman aku.

Self-Learning

Online self-learning ni jadi biasanya kita tak sedar pun. Macam aku nak belajar latte art, aku bukak YouTube, aku join Facebook Group, baca tutorial apa yang patut, online. Hahaha. Simple kan? Sebenarnya dengan teknologi yang ada, kita boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Itu pasal aku rasa sangatlah rugi kalau kita tak ambik peluang untuk belajar benda yang free untuk bagi hidup kita lebih menarik. Tapi based on experience jugak, tak semua self learning ni boleh berjaya. Aku tak rasa aku boleh repair kereta, for example dengan self learning, sebab takde bakat. Latte art maybe ada bakat sedikit dan belajar online boleh support. Macam colleague aku belajar service aircond sendiri dan dia berjaya. Kan seronok tu?

Guided Self-Learning

Self learning yang diguide ni mostly ada sistem, tapi bila fikir balik kalau takde sistem pun ok je. Katakan kau join satu group dan administrator dia bagi kau learning contents untuk kau follow (macam bagi kau link ke video or pdf untuk tengok dan baca), pada pendapat aku ok je as long as at the end of the day kau dapat meet competency yang diperlukan. Adalah competency assessment yang kau kena buat untuk measure tu, so ok je lah kut. Kalau yang ada sistem biasanya administrator akan bagi kau satu sistem untuk kau login dan dalam tu dia dah park semua benda. Ada assessment, ada learning content A dan dah habis learning content A kau kena baca atau tengok learning content B, dan akhir sekali ada lagi assessment untuk measure kau punya knowledge lepas kau belajar. Cakap pasal asssement or exam ni aku boleh je buat katakan nak buat exam naik pangkat dekat company, sistem biasanya boleh set kan exam tu berapa lama, so kau punya participant boleh menjalani exam di mana-mana juga pada masa yang telah ditetapkan. Soalan dan jawapan semua kena shuffle so diaorang tak sempat pun nak berbincang, nak call sesiapa ke apa. Ini bukan bab online learninglah, ini bab online exam yang biasanya related dengan official online learning.

Guided Self Learning (With Instructor)

Ok yang ni dia lebih kurang dengan yang sebelum ni tadi di mana learning contents semua dia dah park dalam sistem tu tapi dekat sini ada tambah at least seorang instructor yang terdiri daripada subject matter expert atau lecturer yang akan guide korang dalam korang punya learning journey. Macamana nak guide? Dia ada forum. So dekat forum tu instructor ni akan guide korang dan sembang-sembang, berbincang atau tanya soalan. Ada jugak sistem yang ada Live Forum, macam chat lah. So dia akan schedulekan session untuk korang bersembang pasal pembelajaran itu tadi. Dan kadang-kadang forum dan live forum dianggap sebagai part of continuous assessment, ada markah. So diaorang boleh gunakan isu yang kau bawak, feedback, jawapan pada soalan yang dia bagi dalam forum tu sebagai salah satu kriteria nak bagi markah. Biasanya benda ni diaorang bagitau awal, ada rubric dia lah, macam gambar dekat atas tu, memang forum adalah part of permarkahan. Untuk online assessment method, ini adalah beberapa methodnyalah untuk assess learner.

Online Class (Live With Instructor)

Online Class dengan instructor ni adalah kelas, seminar ataupun proper training yang dijalankan secara Live oleh instructor dan ramailah participantnya. Online Live Class ni boleh je jadi tambahan atau keperluan untuk support cara learning yang aku mention dekat atas tu tadi. Imagine, dah ada sistem nak belajar, ada forum, ada live forum, sekarang ada online class pulak dah. Kalau tak pandai lagi aku tak taulah, punya banyak caranya.

Masa zaman crisis ni, benda ni tetiba jadi popular, dan macam-macam alasan sebelum ni yang kononnya cara ni tak effective sekarang tiba-tiba jadi ok. Dan aku seperti biasa akan ambil kesempatan untuk belajar dan tengok cara orang implement. Bab yang ini aku nak sembang dari point of view sebagai seorang organizer online training.

Based on observation, kau kena ada video conference softwarelah macam Zoom, Teams semua tu. Konsep dia sama je, ada instructor buat presentation dan apa-apa feedback boleh tanya terus dalam online class tu, macam online meeting. Tapi mesti bosankan kalau macam tu? Takkan dengar je sepanjang masa dan takde aktiviti? Jawapannya tidak! Dengan tools yang available in the market macam https://www.mentimeter.com/ iaitu interactive presentation software yang kau boleh intergrate dengan kau punya slide, kau boleh buat aktiviti macam buat poll ke, quiz ke, tanya soalan ke. Dan kalau kau creative macam Zoom tu siap boleh buat annotation yang kau boleh mintak participant annotate slide. Susah aku nak explain, point dia dekat sini kalau kau creative, online training tu boleh je jadi lively. Kena pandai cari tools yang available dan kau kena sudi investlah beberapa ratus dollar.

Ada jugak yang tanya takkan nak bercakap je non-stop? Takde break out session ke, participant buat group dan buat aktiviti ke. Aku imagine benda ni macam ni, kita sediakan beberapa “room” untuk participant ni masuk. Kalau Zoom tu maybe boleh create a few meeting “room” untuk diaorang masuk based on group yang dibahagi. So diaorang boleh discuss dan lepas sejam mintak diaorang semua masuk main room balik dan present. Dan as usual, kita mintaklah diaorang share screen masing-masing untuk buat presentation tu tadi, sama jugak masa dalam group boleh je seorang pegang file dan yang lain bagi input or kalau dah penat menaip, bagi control pada kawan lain untuk sambung menaip.

Benda ni aku kena tunjuk, tulis macam ni maybe some people tak faham. Teringin jugak aku nak try benda ni. Nampak macam boleh implement.

Ok sekian terima kasih. Dengan teknologi macam-macam boleh buat dan benda ni akan jadi lebih senang kalau takde benda yang menyusahkan orang nak implement macam penetration test yang bodoh nak buat dekat sistem pembelajaran. Abaikanlah, aku tengah frust sebenarnya ni. Harap korang dapat something dengan benda aku cerita dekat atas tu.