Hari Yang Aku Sedar Dunia Ni Kadang-Kadang Tidak Adil

Blog Harian

Aku teringat masa sekolah dulu tiap-tiap petang budak-budak training main hoki untuk wakil sekolah, of course sekolah yang organise. Aku kenal seorang budak ni yang nak wakil sekolah sangat dan tak pernah miss training. Aku malas nak join, tapi sehari sebelum selection, dua orang budak yang join tu ajak aku pergi selection sebab diaorang tau aku pernah wakil sekolah sebelum ni. On the day, aku pergi dan cikgu tu select aku dan budak yang hari-hari pergi tu tak dapat. In a way aku memang ambik tempat dia dan aku rasa bersalah lah. Tapi orang lain happy aku dah jadi part of the team.

Masa tu aku terfikir mesti budak tu rasa tak fair untuk dia yang hari-hari turun tapi tak dapat. At the same time aku terfikir cikgu yang pilih tu kena buat decision yang the best for the team lah. Masa tu aku mana faham dan ambik tau konsep rezeki ni. After lebih 20 tahun aku masih ingat benda ni.

Bila dah lama hidup, aku pernahlah berada dalam situation yang mana aku tak bernasib baik atau aku bernasib baik, tapi tak patut macam kes hoki tu tadi. Masa ni aku dah belajar konsep rezeki. Aku pernah pergi interview, tak dapat dan aku rasa bodohnya diaorang ni tak ambik aku. Aku competent gila kut kerja tu, tapi baru aku tau yang company tu pilih orang yang belajar oversea, or orang yang communication skill dia bagus or orang yang SPM dia dulu lagi bagus daripada aku yang aku rasa memang tak fair sebab diaorang tak ambik based on competency. Ambik maybe atas dasar nak rasa best sebab ada oversea graduate yang nak kerja dengan diaorang, or whatever lah sebab aku dah marah kan sebab aku tak terpilih dan aku perasan aku bagus. Nasiblah company aku sekarang ambik aku kerja dan bila aku cakap SPM aku tak bagus dan aku usaha sambung belajar step by step, interviewer tu cakap, takpe, baguslah sebab aku gunakan kegagalan SPM aku tu untuk improve diri aku. (Takdelah aku fail SPM, aku saja nak bagi ayat sedap je. Haha.)

Kelmarin aku attend online seminar dan apa orang tu, seorang Dr. yang ada Phd tu bagi lecture, aku dah tau dah pun dan knowledge aku pun sama je. Tapi dia punya communication skills memang baguslah, accent dia pun sampai aku pening dan dekat situ aku rasa organisation tu pilih dia dan bukan pilih orang macam aku sebab added advantages yang dia ada tu tadi. Dekat situ pulak aku rasa you have to create your own opportunites to be on the top. Belajar sampai Phd, cakap siap accent dan dia dah ada advantages yang orang lain takde. Dan untuk ada semua advantages tu tadi tu of courselah dia dah berusaha lebih daripada orang lain. Dan maybe di situasi dan lokasi yang lain, ada orang lain yang yang related dengan Dr. ni di mana-mana akan cakap hidup ini tidak adil dan overlook usaha dan susah payah Dr. tu tadi.

Pada aku konsep rezeki dan bersyukur ni adalah satu konsep yang memang payah manusia nak hadam. Payah tu maksud aku lebih kepada pilihan diri sendiri nak atau taknak terima. Padahal bila kau faham dan terima konsep tu kau akan hidup dengan tenang. Aku pun guilty bab ni sebab manusia yang aku nampak dah embrace konsep ni biasanya orang-orang yang dah sentiasa bernasib baik, kaya dan hidup senang lenang and of course manusia macam aku yang compare diri dengan diaorang, jealous, lepas tu tak compare langsung dengan orang yang less fortunate dan end up mengamuk tak tentu pasal cakap dunia tak adil.

Dunia tak adil? Yes, kadang-kadang dan ada masa dunia ni tidak adil tapi kau yang dapat advantagenya atas ketidakadilan tu. Biasanya bila kau yang dapat advantage tu, kau buat-buat tak sedar dan kau rasa kau deserve walaupun ramai orang lain yang merana in the process.

Apa pun marilah kita bersama-sama bersyukur dan kurang mengamuk dengan “ketidakadilan” dunia ni. Aku lupa nak cerita tadi. Budak yang tak terpilih wakil sekolah tu tadi dia tenang je, on the surface lah, at least.