Internet Satu Keperluan, Macam Air, Macam Elektrik

Blog Harian

Bila aku cakap internet satu keperluan, ianya bukan bermaksud mobile data dekat phone tapi aku imagine dalam rumah yang ada satu family subscribe ke Internet Plan. Tapi satu benda yang mesti dibuat sekarang adalah internet service tu sendiri mesti ada di seluruh Malaysia dan pada harga yang mampu. Kalau susah sangat, charge based on usage je lah so that orang boleh budget. Setan betul bila nak cakap pasal internet availability dengan harga ni. Memang tak adil untuk semua.

Anyway, harga internet maybe mahal for some people tapi ianya satu keperluan untuk satu isi rumah. Zaman dulu maybe orang akan tengok internet sebagai satu benda untuk entertainment sahaja tapi pada masa sekarang internet dah lebih daripada itu. Banyak benda boleh dapat, boleh belajar, boleh shopping, boleh mengaji, boleh baca berita dan segala-galanya. So, access ke internet perlu untuk satu isi rumah tu dan bukan limited ke Ayah atau Ibu dekat telefon.

Dan bila jadi macam keadaan sekarang ni, terbukti internet memang perlu 24/7. Itu pasal facility internet ni perlu ada pada semua. Aku imagine aku dapat offer kerja yang memang work from home dan sebab internet connection sangat bagus, home aku 1 minggu di kampung dan 3 minggu di bandar. Masa dekat kampung tu aku boleh buat segala aktiviti macam memancing ke menjala ke tapi buat kerja office. Imagine nikmat dia.

Ye, korang boleh gunakan untuk hiburan dan untuk merepek buat lawak bodoh di Facebook tapi trust me ada macam-macam benda lagi benda yang berfaedah kau boleh buat in between.

Teknologi Dan Kesediaan Manusia

Blog Harian

Aku pernah berada dalam situasi yang orang nak buat something yang advance tapi teknologi takde. So project fail.

Sekarang teknologi macam ada, tapi tak semua boleh afford or bila dah ada, orang yang mampu tadi taknak beli, taknak invest. Or bila benda dah invest, dah beli, tapi taknak guna pulak.

And that is how the disruption happens!

Aku nampak orang terkial-kial bila COVID-19 ni mengganggu kehidupan kerja masing-masing. Nak buat kelas online for example, tak reti padahal teknologi dah lama ada. Kelam kabut semuanya. Benda jadi tense dengan keadaan persekitaran kerja di rumah yang langsung tidak ideal. Banyak lagi lah kes yang aku nampak jadi huru hara. Work from home tak ideal, tapi untuk keselamatan dan menjimatkan duit aku akan pilih work from home jugak. Tapi apa pun teknologi banyak membantu, untuk aku at least. Alhamdulillah, aku ada laptop, software dan internet (aku invest) so aku boleh buat kerja. Dan aku sangat happy untuk membantu orang dalam keadaan crisis macam sekarang ni, sebab nak membantu duit memang tak boleh so aku rasa happy lah bila boleh bantu orang, especially bila involve technology and software. Feeling dia best. Oh, internet adalah benda yang paling penting pada aku sekarang. Aku kesian pada yang takde internet, takde laptop dan aku akan masukkan cerita itu ke dalam next paragraph.

Ini related kepada pelajar sekolah yang diberikan bahan pembelajaran dan homework dengan menggunakan teknologi. Tak semua mampu. Kesian sebab tertinggal dan tak boleh enjoy learning macam orang yang mampu. So kenalah belajar sendiri dengan apa yang ada dan bila masuk sekolah nanti tak tau apa cerita. Or ada kes macam anak-anak takde equipment nak guna sebab mak bapak kena betul-betul bekerja dan bukan work from home tapi sempat prepare 3 course meal untuk lunch. So diaorang kena belajar waktu malam bila mak bapak habis kerja dan dah tak guna komputer ke apa, baru anak boleh start. So waktu siang membazir. Dan mak bapak kena tolong waktu malam tu dan akhirnya penat setiap hari.

Oklah, nasihat aku, kalau mampu invest lah. Sebab kita tak tau apa benda akan jadi dan bila benda jadi macam sekarang ni, kita dah ready.

Pasal membantu orang tadi, ada yang nak belanja aku makanlah, mintak address nak orderkan Food Pandalah, aku cakap sekali lagi lah, Kalau Abang Piz tak ikhlas, Abang Piz tak tolong langsung. So, ucapan terima kasih is enough ye. 🙂

Work From Home: Lebih Penat dan Senang Emo

Blog Harian

Dalam minggu ni baru 3 hari kebanyakan pekerja, bekerja dari rumah. Aku dapat sembang dengan kawan-kawan dan ianya bukan pengalaman yang menggembirakan walaupun selama ni semua cakap. “Wah bestnya kalau dapat work from home.” Of course masa diaorang cakap tu diaorang tak terbayang suasana sekaranglah, diaorang terbayang kerja elok-elok tanpa gangguan. Sekarang dengan satu family ada dekat rumah terutama anak-anak kecil, memang lah jadi berbeza.

Semalam aku terplay Audio Whatsapp orang buat lawak cakap pasal dia makan tidur je since kerajaan suruh RMO. Tiba-tiba:

Liza: Eh, orang mana ada makan tidur. Orang buat kerjalah.
Aku: Eh, tak payahlah emo. Ini audio orang melawak je. Dah dia memang kena cuti.

Hahaha, sampai macam tu impaknya pada emosi.

Anyway, antara benda lain yang diaorang semua ni cakap:
1) Time nak buat kerja anak kecik nak pergi toilet so kena entertain.
2) Call dari office tak pasti video or audio so tudung kena sentiasa pakai.
3) Communication kena selalu compare to masa kerja dekat office, so penat nak kena sentiasa communicate.
4) Time buat kerja anak-anak kecik banyak bertanya. Gangguan.
5) Panas, takde aircond dan takde proper bilik.
6) Kerusi tak sedap macam kerusi office.
7) Kena stop masak.

Tapi it is also depends on kau kerja bahagian apa lah kut. Untuk item no. 4 dan no. 5 bolehlah bawak-bawak bersyukur yang office kau bagi tempat kerja yang selesa selama ni. Hihi.

Ok, aku just nak suggest sikit, kadang-kadang kalau company bagi bonus ke apa, investlah sikit kut dekat laptop dan barang-barang nak work from home sebab you never know. Kut kau cuti and ada benda penting ke tetiba boleh jugak buat. Aku faham ada yang akan cakap, company lah kena sediakan, tapi entahlah, aku rasa kita akan lebih happy kut kalau dapat contribute untuk kelancaran tempat kita mencari rezeki. Tapi itu aku lah, plus bukan semua company bagi bonus.

Again, semoga benda ni berakhir dengan cepat. Aku penat, nak beli barang dapur pun payah. Dan cakap pasal barang dapur, orang bukan nak stock up sangat pun tapi sebab dah 100% makan dekat rumah, kena lah beli banyak kut. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Takut

Blog Harian

Aku dah hidup 39 tahun dan ini kali pertama aku takut sangat. Imagine kau dah take all the necessary precautions tetiba kau kena penyakit sebab ada orang lain buat tak kisah. Aku maafkan untuk golongan yang tak aware langsung sebab mesti ada yang macam tu. Yang aku marah gila pada orang dah tau tapi degil dan bagi macam-macam alasan.

Aku dah tulis pasal benda ni hari tu. Benda ni kalau sakit macam patah tangan tu takpe, kau tanggung sorang, ini masalahnya kau seorang boleh jangkitkan pada orang yang ramai, multiply banyak kali. Aku memang tak faham perangai degil ni. Orang cakap, dia bagi alasan-alasan.

Lagi satu bangang orang suka reka cerita out of nothing. Masa orang tengah panic ni, the tendency orang nak share memang tinggi lah. Kau dah gila ke apa boleh buat cerita panjang-panjang?

Yang cakap takdirlah, apalah, kalau kena virus tu, cuba aku suruh kau baring tengah highway PLUS belah kiri waktu malam. Lepas tu aku cakaplah, kalau belum ajal, InsyaAllah tak mati kena langgar lori. Sama je prinsip dia, kita nak elak, and in this case taknak sebarkan pada orang lain.

Alhamdulillah, wife aku work from home and aku pun dapat work from home next week. Benda yang jadi ni bukan selalu. Sekali seumur hidup je, hopefully, aku harap company-company simpatilah sikit pada staff. Cuma wife aku cakap dia lagi penat work from home sebab kena selalu communicate dengan orang office dan kena masak bersungguh sebab anak-anak lapar. 😁

Apa pun semoga virus ni cepat hilang dan keadaan kembali seperti biasa dan harapnya semua manusia dekat muka bumi ni belajar something. Termasuk aku sendiri.