BLOG ABANG PIZ

Aku Ada Banyak Benda Nak Cerita


Apa Imaginur Buat Aku “Rasa” – (Spoiler Alert)

Masalah terbesar filem Imaginur ni ialah kita tak boleh cerita pada orang lain yang belum tengok lagi sebab dia akan terus jadi spoiler. And of course aku nak share dan tak boleh lah nak tunggu semua orang dah tengok. Since cerita ni banyak focus pada rasa (perasaan) aku nak ceritalah apa yang aku rasa lepas tengok Imaginur ni.

“Rasa” Sebagai Lelaki Berumur 42 Tahun

Cerita ni pada asasnya menyentuh pasal penyakit Dementia. Macam aku cakap tadi, kalau aku sebut je perkataan Dementia ni dia akan spoil dan akan buat hilang sedikit fun untuk orang yang belum tengok lagi. Sebagai orang yang ada pengalaman dengan orang yang ada penyakit Alzheimer memang sebelum tengok cerita ni lagi pun aku sentiasa berdoa kalau aku dipanjangkan umur tahap Dr. Mahathir please jauhkanlah penyakit ni. Aku selalu tengok orang yang ada penyakit ni dia macam terperangkap dalam satu “masa” tu. Macam every pagi bangun ingat pagi raya. Aku juga sentiasa harap Mak aku jugak tak lupa sebab takut dia stuck dekat moment zaman aku banyak buat masalah dan bukan zaman aku dah “bertenang” macam sekarang.

“Rasa” Sebagai Ayah

Masa final moment Ayah Zuhal, dia ada cakap something macam ni (aku tak ingat exactly line dia). Dia cakap dia ingat rasa sayang dia pada Zuhal adik beradik dan emak dia? Whateverlah kan, cuma dia macam buat aku rasa sayu bila teringat moments dengan anak-anak yang aku patut ingat. Moment yang buat aku rasa happy. Dan bukan focus on moments yang tak best. Sebab trust me, bila kau dah habis tengok cerita ni kau memang wish kalau memori kau problem, kau taknak dia stuck dekat moment yang tak best. Macam Zuhal yang scene loop dekat Nur nak pergi. Penting untuk kau upload gambar dan update benda best dekat social media sebab macam FB dia ada Memories yang ingatkan kita dan setiap pagi aku akan forward gambar anak-anak aku masa kecik dari FB tu tadi ke WhatsApp group kitaorang. Aku pun harap diaorang ingat masa diaorang kecik dulu aku ada main-main dan peluk-peluk diaorang. Bukan macam sekarang semua dah besar duduk dalam bilik je all the time.

“Rasa” Sebagai Suami

Bab ni banyak, antara yang bagi impact ada dua bila Nur cakap “I pilih you” pada Zuhal dan “Let’s make it work”. Dalam hidup ni kita ada banyak pilihan dan mungkin wife kau pun ada banyak pilihan, imagine kalau dia pilih orang lain maybe dia hanya perlu jadi surirumah sepenuh masa dan berdandan setiap hari tapi sebab dia pilih kau dia terpaksa pergi kerja jalan jam hari-hari. Begitu juga dengan isterilah, kena lah jugak ingat kalau husband kau pilih orang lain mungkin dia akan dapat benda lain lebih dari apa yang kau boleh bagi. So based on this sentiasalah give and take sebab tak banyak sedikit mesti ada pengorbanan yang spouse korang buat untuk buat relationship to menjadi. So whatever challenges yang datang sentiasalah cuba make it work dan bukan terus give up. Ini apply pada dua² pasangan. Kalau sorang je nak make it work memang tak boleh lah.

Dan aku juga nak ingat “rasa” gembira bersama isteri dan bukan focus on “rasa” yang tak best. Takkan nak bawak sampai mati benda-benda yang tak best. Biarlah bawak benda yang seronok sahaja. Dan andaikata kalau memori hidup kita dalam satu loop biarlah loop tu dalam moment yang kau “rasa” gembira dan sayang pada pasangan masing-masing.

Last sekali, bila bab filem ni tak semua orang akan suka benda yang sama. Aku faham je kalau ada orang tak boleh follow filem Imaginur ni. Samalah macam aku rasa Mat Kilau tu entah apa benda. Tapi tak bermakna kau tak perlu tonton langsung. Anak aku pelik kenapa Ayah suka sangat? Senang je sebab filem ni ada tinggalkan “rasa”.

“So, happy place you apa?” – Tibbbbbbbbbbbbeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr



2 responses to “Apa Imaginur Buat Aku “Rasa” – (Spoiler Alert)”

  1. Weirdly enough, I don’t have one. Masa aku duduk dengan bebudak ni tengok Harry Potter – Prisoner of Azkaban, aku tak sure aku boleh ke idak conjure Expecto Petronum tu. Sebab nak kena ada happy thoughts. Tapi aku taktau pun apa happy thoughts yang aku akan pilih kalau aku nak kena conjure spell tu. Haha.

    Like

    1. Haha, aku paling teruk pun bab hapus thoughts ni aku akan kenangkan bab tangkap ikan dengan Arwah Bapak dulu je.

      Like

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started